dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI APRIL 2017

Program Ceramah Motivasi & Pemeriksaan Kesihatan Warga Emas

Pada 15 April 2017, petugas Pi Felda Lenga & Pi Pekan Lenga telah terlibat menjalankan aktiviti Kempen Advokasi di dalam Program Ceramah Motivasi & Pemeriksaan Kesihatan Warga Emas Mukim Lenga . Program ini telah berlangsung di SK Lenga yang dianjurkan oleh Umno Wanita Bahagian Pagoh dan telah dirasmikan Oleh YB Hj Ismail Mohamed, DUN Bukit Serempang Merangkap Exco Keusahawanan & Asas Tani. Selain membuka Pameran Booth Kempen Advokasi (KDB, Mobile e waste & Check your Lables) Pi juga telah menjalankan satu aktiviti selingan khas untuk warga emas iaitu permainan "Musang Berjanggut".

Program Perujian Membaca Al-Quran Sek Agama Zon Gambir

Pada 17 April 2017, telah berlangsungnya Program Perujian Membaca Al-Quran Sek Agama Zon Gambir . Salah satu lokasi perujian tersebut telah dibuat di Pi Felda Sri Ledang. Petugas Pi Felda Lenga telah dijemput untuk turut sama menjalankan selitan aktiviti Kempen Advokasi iaitu KDB, Mobile e waste & Check Your Lables kepada peserta , guru-guru dan juri yang terlibat.

Program Perasmian Taman Rekreasi Lenga

Pada 23 April 2017, Pi Felda Lenga telah berganding bahu dengan Pi Pekan Lenga menjalankan aktiviti pembukaan Booth Kempen Advokasi di dalam Program Perasmian Taman Rekreasi Lenga. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Hj Ismail Mohamed, DUN Bukit Serempang Merangkap Exco Keusahawanan & Asas Tani.

Program Jom Baca 10 Minit

Pada 25 April 2017, Perpustakaan Desa Kampung Jawa telah menganjurkan Program Jom Baca 10 Minit. Petugas Pi Felda Lenga bersama Pi petugas Pi Pekan Lenga telah dijemput untuk menjalankan Taklimat Advokasi kepada peserta yang terlibat.