dikendalikan oleh   

Galeri Darurat Bukit Kepong

Bukit Kepong yang terpahat dalam sejarah negara adalah sebuah pekan kecil dalam Daerah Muar. Ia terletak kira-kira 17 kilometer dari pekan Pagoh. Ketika ini, pembinaan sebuah kompleks yang akan menempatkan pondok polis baru serta galeri pemeran sedang rancak berjalan. Setiap tahun, pasukan Polis Diraja Malaysia akan mengadakan sambutan dan aktiviti khusus di sini bagi mengingati tragedi dan juga mengenang kembali jasa anggota yang berkhidmat, khususnya yang terkorban mempertahankan balai polis ini.

Taman Herba Nasuha, Pagoh.

Ladang yang dikenali sebagai Rempah Ratus dan Herba Nasuha yang terletak di Pagoh dikelilingi oleh lebih 10,000 tanaman herba dan pokok kayu berkhasiat.Antara tanaman popular seperti tongkat ali, kacip fatimah, kemangi, akar tarum, hempedu bumi, jarum mas dan urang-aring. Semua tumbuhan itu boleh dimiliki dengan membeli produk kering yang siap dibotolkan mengikut formula penjagaan kesihatan tertentu.Ladang itu juga menyediakan pelbagai prasarana untuk menyokong aktiviti rekreasi. Paling mencuri tumpuan adalah Restoran Herba. Memasuki pintu masuk restoran itu, pengunjung pasti terpukau dengan seni dekorasi dalaman yang mengadaptasikan suasana hutan khatulistiwa. Selain itu, terdapat juga lantai pijak yang berfungsi untuk membuat urutan refleksologi. Restoran itu menyediakan hidangan berasaskan herba dan rempah ratus asli. Menu istimewa di sini ialah beriani herba ayam, daging dan kambing, sup herba serta teh dengan pilihan pelbagai herba.Pengunjung boleh mendapatkan nasihat dan rundingan daripada pihak restoran untuk memilih makanan yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan masing-masing.