dikendalikan oleh   

Event Mei 2016

Kelas Masakan Bersama Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Lenga.

Program santai ini telah dihadiri oleh staff Pi Felda Lenga yang bertempat di Bangunan GPW sendiri pada 23 Mei 2016. Disamping bergotong- royong menyediakan bahan masakan, ahli GPW juga telah diberi penerangan secara ringkas berkenaan Pi dan Kempen Klik Dengan Bijak (KDB). Menu masakan pada hari itu adalah Nasi Kuning dan Ayam Percik.

Gotong -Royong Mini Bersama Pi

Aktiviti Santai Musim Cuti Sekolah ini telah berlangsung di Pi Felda Lenga pada 29 Mei 2016. Seramai 15 orang telah terlibat bagi menjayakan program Gotong- Royong Mini ini. Selesai gotong-royong, jamuan ringan dan penggunaan PC secara percuma selama sejam pertama telah diberikan bagi menghargai kesudian dan penat lelah mereka yang terlibat membantu membersihkan PI.

Train The Trainer Intel Entreprneuship

Pada 4 - 6 Mei 2016, Kelas Keusahawanan INTEL telah diadakan di Pusat Internet Felda Sri Ledang.Kelas keusahawanan ini telah dihadiri seramai 6 orang iaitu terdiri daripada pengurus dan pembantu pengurus dari Pusat Internet Felda Sri Jaya dan Felda Lenga.Kelas ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi kemahiran dan teknik mengajar kepada komuniti.Kelas Keusahawanan INTEL ini dijalankan selama 7 jam iaitu dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara isi kandungan kelas tersebut ialah Microsoft, Commerce, Website, Softskills dan juga Entrepreneurship. Dengan adanya program ini, maka ia dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan para peserta dengan ilmu yang diberikan dan seterusnya berkongsi dengan yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Hari Terbuka Bersama Komuniti Pi Felda Sri Ledang

Pada 16 Mei 2016, telah berlangsungnya Hari Terbuka Bersama Komuniti di Pi Felda Sri Ledang.Kami dari staf Pi Felda Lenga telah turut bersama-sama membantu dan menyertai Hari Terbuka tersebut.Hari Terbuka bersama Komuniti ini diadakan bagi mempromosikan Pi serta mengeratkan hubungan Antara Pi dengan komuniti setempat.Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah mewarna untuk kanak-kanak TABIKA, mewarna menggunakan Microsoft Paint,Typing Test Challenge,taklimat dan kuiz KDB serta juga diadakan pendaftaran untuk menjadi ahli Pi1M secara percuma.Pada sebelah petangnya pula telah diadakan sukaneka juga cabutan bertuah untuk komuniti.Turut hadir memberi sokongan pada Hari Terbuka adalah dari JKKK serta Belia dari Felda Sri Ledang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembara Mahkota Johor 2016

Pada 16 Mei 2016 juga telah berlangsungnya Kembara Mahkota Johor (KMJ) ke Felda Sri Ledang.Kami dari staf Pi Felda Lenga juga telah menghadiri program tersebut bagi melihat dengan lebih dekat suasana serta kemeriahan menyambut kedatangan Sultan Johor ke Felda Sri Ledang.

Berikut adalah gambar sepanjang Kembara Mahkota Johor 2016

Bengkel Pengukuhan & Pemantapan Aktiviti Advokasi Pusat Internet 2016

Pada 18 hingga 19 Mei 2016, Satu Bengkel Anjuran SKMM iaitu Bengkel Pengukuhan & Pemantapan Aktiviti Pi 2016 bertempat di Lotus Desaru Beach Resort Kota Tinggi. Seramai lebih kurang 98 orang Pengurus Cawangan Pi Seluruh bahagian Wilayah Selatan ( termasuk Pengurus dari Pi Felda Lenga) telah menghadiri Bengkel ini.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah penerangan mengenai objektif Bengkel TTT, Pelan dan Rangka Kerja Pelan Advokasi SKMM 2016, Garis Panduan Pelaksanaan Slides, Sukarelawan ICT ( MIV) & Kesedaran Kepenggunaan & Saluran Aduan ( CFM) Di akhir seisi bengkel ini setiap peserta dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan yang memerlukan pembentangan mengenai Takwim/ Perancangan Jadual Tahunan Pi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: