dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI JULAI 2016

Program Jemputan: Hari Terbuka Pusat Internet & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 Bersama Komuniti Felda Sri Jaya

Majlis ini Berlangsung pada 16 Julai 2016 bertempat di Pi Felda Sri Jaya. Kami dari Pi Felda Lenga telah dijemput merangkap sebagai urusetia membantu menjayakan program yang dijalankan disana.

Mesyuarat Bersama JKKK & AJK Komuniti Felda Lenga

Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 25 Julai 2016 di Pi Felda Lenga bersama JKKK & AJK Komuniti Felda Lenga. Ia bertujuan membincangkan agenda Program Hari Terbuka Pi yang di cadangkan pada Ogos 2016. Selain bermesyuarat petugas Pi juga memberi serba sedikit pendedahan berkenaan Kempen Klik Dengan Bijak sebagai selingan agenda mesyuarat.

Program Jemputan: Open House Redtone

Majlis berlangsung pada 26 Julai 2016 bertempat di Ballroom Hotel Berjaya, Times Square KL. Semua Staff Pi Redtone dijemput hadir termasuk Staff Pi Felda Lenga.

Jemputan Program: Jamuan Rumah Terbuka Pejabat Felda Lenga

Jamuan berlangsung pada 28 Julai 2016 di Perkarangan Pejabat Felda Lenga. Petugas Pi Felda Lenga Telah dijemput bagi memeriahkan majlis dan mengukuhkan hubungan silaturahim antara Pi dan Komuniti.