dikendalikan oleh   

BERITA DAN AKTIVITI TERKINI OKT 2023

1) 04 Okt 2023 - Program Pemeriksaan Kesihatan Komuniti Bersama National Kidney Foundation Malaysia di Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga.

Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat setempat tentang pentingnya menjaga kesihatan

2) 6 Okt 2023 - Bengkel Asas Solekan bersama Mary Kay di Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga.

Seramai 22 orang peserta yang telah mengambil bahagian di dalam bengkel ini. Program ini bertujuan mendedahkan kepada peserta tentang kepentingan menjaga kesihatan & kecantikan kulit supaya lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang ramai disamping dengan minat dalam bidang kecantikan ini juga boleh menjana pendapatan para surirumah khususnya & peniaga wanita amnya.

3) 13 Okt 2023 - Program Santai bersama Tupperware di Pusat Ekonomi Digital - PEDi Felda Lenga.

Program ini dapat mengumpulkan 13 orang peserta untuk mempelajari cara pembungkusan hamper serta memberi peluang kepada peminat-peminat Tupperware membeli dengan harga rahmah.

Selain itu, peserta juga dapat mempelajari cara menjana pendapatan hasil daripada Kemahiran pembungkusan hamper yang dipelajari.

KELAS LATIHAN OKTOBER 2023

11 Okt 2023 - Kelas TikTok Affiliate

Usahawan diajar secara one to one session untuk mendaftar akaun tiktok seller center

6 Okt 2023 - Kelas Softskill

Membuat origami 3D bertemakan hidupan laut

7 Okt 2023 (Pagi) - Kelas Ms. Office Power Point

Pengenalan asas ms.power point menu bar Home & Insert

7 Okt 2023 (Tengahari) ~ Kelas e-learning

Kenali logo produk & media sosial dengan menggunakan web quizizz

13 Okt 2023 (Pagi & Petang) ~ Kelas Ms.Office Power Point

Pengenalan kepada transition & animation di dalam slide

14 Okt 2023 - Kelas STEM / IoT

Membina perkataan dalam Bahasa Inggeris daripada huruf rawak yang diberikan