dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI SEPTEMBER 2021

1. Pertandingan Video Pantun Kreatif Sempena Hari Malaysia 2021

Pertandingan ini bersempena Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept 2021 yang bertujuan untuk mencungkil bakat berpantun terdiri daripada dua kategori iaitu kanak-kanak dan dewasa. Selain daripada itu, ianya bertujuan untuk memupuk semangat patriotik serta memelihara budaya berpantun supaya “tidak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.”

2. Webinar Memperkasa Pekerja & Bicara Klik Dengan Bijak

Pada 22 September 2021, berlangsungnya Program Webinar anjuran bersama KYP Advanced Skills & PIK Felda Lenga. Webinarini adalah berkaitan slot memperkasa kerjaya yang di sampaikan oleh Dr Hasliza Hassan daripada UTHM & Slot Bicara Klik dengan Bijak ( Topik: Buli siber & Oversharing) oleh petugas PIK sendiri.

3. Webinar Borak Bisnes oleh Duta PUPUK PIK Felda Lenga

Program ini telah berlangsung pada 25 Sept 2021 yang dianjurkan oleh Duta Digital Usahawan PIK Felda Lenga bersama para IKS/Usahawan yang berkongsikan tips untuk mengembangkan perniagaan disamping seisi perkenalan Duta Digital tersebut kepada komuniti.