dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI DISEMBER 2019

1) Program Advokasi bersama Pelajar Bakti Siswa UPM, Serdang.

Pada 7 Disember 2019 telah diadakan Satu program Semarak Kasih Siswa 2019 anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dun Bukit Kepong & UPM , Serdang . Pusat Internet Felda Lenga telah dijemput dan diberi peluang untuk menyampaikan Slot Advokasi Klik Dengan Bijak bersama pelajar bakti siswa tahun pertama UPM di Dewan Serbaguna Kg Baru Batu 28. Pengisian Slot ini termasuklah taklimat & video advokasi serta sedikit kuiz serta edaran flyers berkaitan Kempen Klik Dengan Bijak , Mobile e-waste , Check Your Label & sebenarnya.my.

2) Aktiviti Go-Go Green Pusat Internet.

Aktiviti ini dijalankan di Pusat Internet Felda Lenga Pada 14 Disember 2019. Ia bertujuan memupuk semangat cintakan alam sekitar dan mengetengahkan Kempen Bumi Hijau sambil berjimat- cemat dan meningkatkan ekonomi dengan cara bercucuk tanam.

3) Program Back To school 2020.

Program ini dilaksanakan bagi meraikan pelajar sekolah yang bakal memulakan persekolahan pada tahun 2020. Ia telah dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Lenga yang berlangsung pada 29 Disember 2019. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan Typing Online, Quiziz & Music Box.

KELAS LATIHAN DISEMBER 2019

1) Kelas Ms Word – Menaip Artikel Buletin

2) Kelas Ms Powerpoint – Basic Cartoon 1

3) Kelas e-learning- Simpel Vocab.

4) Kelas Basic ICT _ Virus & Anti Virus

5) Kelas Dewasa – Ms Powerpoint (Edit, Crop Gambar Produk).

6) Kelas E-learning – Pipes Puzzles.

7) Kelas Multimedia – Canva.com – Iklan Promosi Pusat Internet.

8) Kelas E-learning- Spelling Online.

8) Kelas e-learning- Typing Online.

9