dikendalikan oleh   

BERITA & AKTIVITI TERKINI MAC 2019

1) Perbincangan & Perbentangan Plan Aktiviti Tahunan Bersama Pihak Penguruan Redtone & Team Pi

Perbincangan ini melibatkan semua staff PI Redtone bersama Ketua Pengurusan PI iaitu Puan Fauziah Binti Ahmad. Aktiviti ini telah diadakan di Pusat Internet Felda Lenga pada 01 Mac 2019.

2) Kursus Fotografi ā€“ Quarter 1 Training

Kursus fotografi ini merupakan kursus bagi quarter 1 untuk 2019 yang dihadiri oleh semua staff PI Redtone . Lokasi kursus ini telah dijalankan di Pusat Internet Felda Lenga pada 07 Mac 2019 yang telah di sampaikan oleh Encik Ahmad Fadali Lulusan daripada UKM dan berpengalaman selama 10 tahun didalam bidang fotografi & sebagai trainer.

3) Hari Bersama Komunti Pi Pekan Lenga

Pada 20 Mac 2019 Staff PI Felda Lenga telah dijemput ke Program ini dan ditugaskan
untuk mengendalikan beberapa acara. Antaranya ialah:

  1. Senamrobik
  2. Taklimat Slot Kempen MCMC berkenaan Oversharing, Tak Pasti Jangan Kongsi & sebenarnya.my
  3. Explorace KDB juga telah dijalankan bersama Pelajar UTHM, Pagoh , Jurusan Kejuruteraan

4) Jalan 1000 Langkah Bersama Komuniti

Pada 24 Mac 2019 Program Jalan 1000 Langkah anjuran Pusat Internet Felda Lenga bersama Komuniti. Antara aturcara program ialah:

  1. Berjalan kaki (daripada Pusat Internet ke Taman Selesa Felda Lenga) sambil membersihkan sampah - sarap sepanjang jalan.
  2. Gotong royong & Riadah di Taman Selesa Felda Lenga
  3. Rehat Santai di Pusat Internet sambil jamuan ringan

5) Program Jom Memancing Dā€™ Lenga

Program ini telah di jalankan pada 30 Mac 2019 di mana program ini merupakan program kerjasama Team Pusat Internet & Pusat Khidmat Adun Bukit Kepong bertempat di Laman Komuniti Kg Liang Batu, Lenga.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

  1. Pendaftaran Permohonan Kad Sihat Warga Johor melalui online
  2. Pengenalan perkhidmatan kemudahan di Pusat Internet serta pendedahan mengenai
kempen-kempen anjuran MCMC

KELAS LATIHAN MAC 2019

1) KELAS BASIC ICT & WEBSITE - Email & Google Drive

2) E-LEARNING - Typing Online Dewasa

3) KELAS DEWASA - Ms Excel, Membuat Jadual Kelas

4) KELAS MS VISIO ā€“ Membuat Pelan Jalan Raya

5) KELAS E-LEARNING ā€“ Quizizz , Latih Tubi Bahasa Melayu Kelas

6) KELAS BASIC ICT- Pdf- Hidden Pictures

7) KELAS MS EXCEL - Membuat Jadual II

8) BASIC ICT- Pdf - Hidden Pictures II